Ummi Ku Sayang Enterprise ~Zon Produk Halalan Thoyyiba~: November 2013

Jom Beli !!

10:47 AM | 0 Comments

http://www.facebook.com/messages/susuhalibs.istimewa

Jom cuba Halib's dan Suffy Goat, nak beli?? jom klik sini dan order !!


Cara Tempahan
Semudah 1,2,3 :)


http://www.facebook.com/messages/susuhalibs.istimewa




 Testimoni Susu Halib's



"Halibs Frutti..Hari ini oma Inas Mahsuri sediakan EBM utk inas campur dgn Halibs Frutti.Inas minum sambil tepuk2 tangan. Inas Mahsuri kalau dia makan/minum apa yg dia suka +sedap sesangat dia akan tepuk2 tangan :) Susu Halibs Frutti ni dirumus khas dgn pelbagai khasiat makanan sunnah seperti buah tin (buah yg diberkati), delima, madu, kismis, kurma, pisang, manggis dan betik, rasa mmg sedap. inas mahsuri masih lg breastfeed, Halibs Frutti ni sbg mknn tambahan utk dia.. Berminat sgt nak bg sbb terdpt banyak khasiat makanan sunnah.. Ada terpi AlQuran, disediakna oleh tgn2 org yg solat, menutup aurat, sentiasa dalam keadaan bersuci + berwudhuk, tak buat cerita sebabb sendiri dah tengok, adik pun kerja di kilang tersebut.. preggy nanti pun akan minum susu ni jugak. Terima kasih kpd pihak IMP yg dah berusaha untuk menyediakan makanan, mengeluarkan produk yg terbaik untuk umat Islam. Harap IMP akan berkembang maju dan akan sampai ke tahap semua umat Islam makan, guna, pakai, produk buatan orang Islam yg menjaga solat, adab, menutup aurat, suci dan bersih... Semoga dapat melahirkan umat Islam yang baik rohani, akhlak dan fizikal... "
- Pn Nadya, Kulim Kedah

"Sis, nak share sikit, susu dah dapat.. Anak-anak dah start minum.. Semua suka..especially baby yg 8 bulan tu, sebelum ni mmg dia taknak langsung susu botol, puas dah tukar mcm2 susu..sampai beratus harga pun dah try..taknak dia minum.. harap susu badan mana cukup,,tp selepas bg dia beberapa kali Halib's Gold, Alhamdulillah nampak dia suka.. Berkat halal dan dipacking secara Islamik, happy sgt... "
- Puteri Najihah, Sabah

"Saya dah cuba dalam 3 hari, tgk anak saya dah kurang merengek malam2, dah tak nangis2 macam selalu.." 
-Puan Hasneyza, Johor

"Alhamdulillah anak sy suka minum susu ni, sy dalam proses cerai susu badan, macam2 jenama susu sy try bg anak taknak minum, now dia minum susu ni 3x sehari dan campur juga lg dgn susu badan, anak sy setahun 8 bulan" 
- Puan Izwani, Kuala Terengganu

 "Alhamdulillah selepas 1 tahun 4 bulan, baru anak sy boleh terima susu.. sy cuba bg Halib's biasa dan alhamdulillah dia tak muntah2 lagi seperti dulu "
- Puan Ira Kulai Johor

 "Jazakallahukhairan susu dh sampai pagi tadi. Buka jer kotak terus anak teruja nak ambil. Dh hampir 4 bulan anak minum susu Halibs ni alhamdulillah jarang demam, dalam masa 4 bulan ni baru sekali demam tu pun badan panas tak lama cuma lebih kurang 4 jam jer (tak makan ubat pun). Selsema pun setakat ini tak ada. Anak saya ni selalu jer kena taham kat hospital sebab masalah demam selsema + batuk sampai susah nak bernafas. Alhamdulillah dgn izin Allah anak makin sihat. Hehe saja jer nak cerita sukit kelebihan susu Halibs ni. Terdorong asbab cousin suami ada beritahu lepas anak dia minum susu Halibs Gold asma anak dia kurang." 
- Puan Johor Bahru

 "Sejak dia minum Susu Halibs ni, dia jarang sakit kak..badan sihat, semakin aktif. Sebelum tukar Susu Halibs dia kena lung infection, lepastu berak2, tukar susu macam2, tapi tak ok juga tahi dia.. masih cirit-birit. Bila dapat tahu susu ini, saya terus beli dan bagi dia minum, 2 hari dah baik, tak ada cirit-birit. Sejak tu sampai sekarang dia sihat, tak ada sakit. Saya takut tukar susu lain, takut dia sakit, sebab bila diasakit dia susah nak makan ubat, nanti ulang alik masuk hospital, saya yang letih.." 
- Puan Ain, Johor

"Alhamdulillah, anak-anak amalkan susu ini banyak perubahannya, makin cerdik, cergas, ceria dan lain-lain, cuba try deh.. "
- Puan Riey, Kelantan

"Saya pengguna Susu halibs Penuh Krim, sejak menggunakan susu ini alhamdulillah.. berat badan anak saya bertambah. Selsama, batuk jarang datang... Kesihatan bertambah baik dengan izin dariNya dan yang paling penting, rasanya yg sangat sedap... ibu dan anak pun berkongsi :)" 
- Puan Sahaida, Cheras KL

"Susu ibu tetap yang terbaik, selepas cukup tempoh susuannya, dicadangkan Susu Halibs, malah untuk orang dewasa dan warga emas juga. Banyak pilihannya, ambil yang mana sesuai, diuji secara klinikal dan terbukti khasiat dan kelazatannya. Sudah 2 tahun Pak Cik menjadikannya minuman harian, nak tahu kelebihannya, cubalah mulai hari ini, Inshaallah bagus" 
- En. Ismail, Kedah

"Baru sehari bagi anak cuba minum tadi, dia cepat kenyang... tak merengek macam selalu, pengasuh yg beritahu td. Selalu guna susu formula lain dia lambat minum, nangis2 bila bau nak minum. Bila bagi Susu Halibs, dia bau terus je minum.Sekali minum habis.. susu dulu tak habis. Senang hati saya tengok anak serasi dengan susu Halibs, baru senang hati bekerja, hehe" 
- Puan Shaz, Negeri Sembilan

"Anak saya menyusu badan sampailah sekarang. Umur 3 tahun. Bila lama menyusu badan, susah nak ceraikan susu..Kami dah test bagi minum susu mahal sampailah susu murah. Anak minumlah dua tiga kali. Tu pun tak habis...

Susu Zhulian - dah try
Susu Enfagrow - dah try
Susu Dumex - dah try
Susu Fernleaf - dah try

Semua anak tak habiskan. Alhamdulillah saya beli starter pek Halibs Kismis-Kurma-Manna. Anak habiskan segelas. Dan sekarang dah pandai minta susu plak. Suka Sangat!"

 - En. Naza & Puan Nurul, Kulim Kedah 





Soal Jawab (Q&A) berkenaan Susu Halib's



Soalan:

Susu Halib's ini susu kambing ke lembu?


Jawapan:

Susu Halibs susu lembu:

1) Halib's Penuh Krim 500gm/550gm
2) Halib's Cococa 550gm
3) Halib's Gold 550gm
4) Halib's Frutti 550gm

Susu Halib's susu kambing :
1) Halib's Goat Cocoa 25gm x 30sachet

2) Halib's Goat Honey Dew 550gm

 

Soalan :

Adakah susu kambing Suffy Goat keluaran Halib's di bawah IMP?

Jawapan :

Susu Suffy Goat juga merupakan produk Muslim 100%, sebelum ini Suffy merupakan rangkaian IMP juga tetapi telah berdiri di atas maketing sendiri di bawah Suffy Marketing diasaskan oleh Encik Sufian b. Tajuddin.



Soalan :

Adakah produk Susu Halib's didaftarkan di bawah KKM?

Jawapan :


Ya, Susu Halib's telah didaftarkan di bawah KKM.
klik gambar utk imej besar

Soalan :

Apa beza Susu Halib's dengan susu lain di pasaran?

Jawapan:

Susu Halib's adalah produk keluaran bumiputera Islam alternatif kepada susu yang ada di pasaran dengan formulasi makanan sunnah. Susu Halib's hanya dijual oleh pengedar/stokis tertentu sahaja dan belum ada di pasaraya. Boleh dibeli dalam kuantiti karton untuk harga yang lebih murah. Sokonglah produk Bumiputera Islam. Peace no war :)



Soalan :

Adakah Susu Halib's mempunyai bacaan 30juzuk ayat Al-Quran?

Jawapan :

Tidak. Susu Halibs diproses di bawah Amalan Pengilangan Islam (IMP). Antara amalan yang terdapat pada pengilangan:

  • Semua staf/operator dalam keadaan berwuduk
  • Perhimpunan setiap pagi untuk bacaan doa, asmaul husna, doa syifa' dan tazkirah
  • Sesi kelas membaca Al QUran bagi staf/operator
  • Alunan audio zikir sepanjang pemprosesan produk
  • Menutup aurat, berkopiah bagi lelaki
  • Staf/operator perempuan yg dalam keadaan haid diasingkan dari bahagian pemprosesan produk
  • Amalan solat sunat dhuha setiap hari dan solat fardhu secara berjemaah di kilang
  • Kilang sentiasa dalam keadaan bersih


Soalan:

Adakah susu Halib's tidak boleh dilangkah? Adakah akan hilang khasiat bila dilangkah?

Jawapan:

Makanan/minuman apa pun memang perlu elak dilangkah, dlm erti kata tak baik langkah makanan. Jika terlangkah tidak memudharatkan/hilang khasiat/tidak hilang berkah makanan tersebut. 
     


Soalan :

Berapakah sukatan bancuhan untuk kanak-kanak?

Jawapan:

Sukatan bancuhan bagi kanak-kanak setahun ke atas 1 skop 50ml air suam, boleh ambil 3-4 skop utk sekali bancuhan.



Soalan:

Bolehkah Halib's diambil oleh bayi bawah setahun?

Jawapan:
 

Bagi tujuan iklan sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan, Susu Halib's dilabel sesuai diambil untuk kanak-kanak setahun ke atas. Tetapi sebagai alternatif lain kepada susu ibu, bayi bawah setahun yang dah mula makan boleh mula ambil Halib's penuh krim biasa sahaja dengan campuran prebiotik manna, kurma dan kismis. Bayi baru lahir juga boleh diberi susu Halib's biasa tetapi perlulah mengikut kadar bancuhan yang sesuai untuk bayi. Sukatan bancuhan perlulah dicairkan lagi. Cadangan bancuhan 1 skop 60ml air suam, 2-3 skop untuk satu bancuhan bawah setahun. Bagi bayi bawah 6 bulan mulakan dengan 1skop sahaja dan pengambilan 2x sehari dahulu. Kemudian boleh diberi ikut keperluan jika bayi serasi dengan susu. Boleh juga dicampur dengan susu ibu, nestum dan nasi anak-anak.
 


Soalan:

Bolehkan susu Halib's dibancuh/dicampur dgn susu formula lain?

Jawapan:

Susu Halib's tidak digalakkan dibancuh bersama susu lain di dalam satu bancuhan tetapi boleh diberi selang seli dengan susu formula yang lain (bukan dalam satu bancuhan). Untuk kesan yang lebih bagus amalkan susu Halib's sepenuhnya untuk anak-anak anda.



Soalan:

Boleh ke bayi bawah setahun, ibu mengandung dan orang dewasa minum Susu Halib's?

Jawapan:

Ya boleh, susu Halib's sesuai untuk semua peringkat umur. Susu Halib's diformulasikan dengan bahan-bahan organik, asli dan terbaik tanpa campuran bahan kimia atau kandungan yang membahayakan kesihatan, tanpa perasa/perwarna. Bagi bayi bawah setahun disarankan pengambilan Halib's biasa dahulu, ibu mengandung boleh ambil dari semua jenis susu Halib's bermula di awal usia kehamilan lagi. Inshaallah baik untuk perkembangan janin dan dapat memberi tenaga/vitamin kepada ibu mengandung.


Soalan:

Bagaimanakah sukatan pengambilan susu Halib's Frutti, adakah sama seperti Halibs penuh krim yg biasa?

Jawapan:

Susu Halib's Frutti mempunyai kandungan vitamin dan serat yg lebih tinggi berbanding susu Halib's yang lain. Jadi pengambilan yang sedikit sudah cukup utk perkembangan anak-anak.  Halib's Frutti disarankan pengambilan sehari dalam 2-3x sahaja, dan bancuhan pula perlu dikurangkan sukatan iaitu antara 1-2 skop memadai mengikut kesesuaian anak-anak. Pengambilan berlebihan bimbang boleh menyebabkan cirit-birit. Jadi pemberian susu ini perlulah diberi sedikit dahulu dan berperingkat. Kemudian boleh diteruskan mengikut kesesuaian anak masing-masing. Susu Halib's Frutti juga boleh dicampur bersama susu ibu, nestum, makanan lain seperti nasi bagi anak-anak yg tidak suka minum susu putih. Inshaallah dapat memulihkan anak-anak yg byk mempunyai masalah kesihatan.



Soalan:

Bolehkah Susu Halib's diberikan kepada anak yang mengalami ekzema, G6PD, alahan, bengkak hati atau kekurangan darah?

Mengikut pengalaman dari pelanggan-pelanggan kami yang telah mencuba susu Halib's untuk anak-anak yang mempunyai masalah berikut alhamdulillah susu Halib's serasi dan tidak memudharatkan malah memberikan kesihatan yang lebih baik. Selagi penyakit anak-anak tiada syarat pantang makanan/tidak alah pada bahan-bahan yang terkandung dalam susu Halib's anda patut mencubanya.  Namun begitu jika anak-anak alah dengan susu lembu, anda hendaklah menggantikan susu anak-anak dengan susu kambing. 



Soalan:

Boleh tak Susu Halib's menyebabkan sembelit atau Susu Halib's boleh kurangkan sembelit?

Jawapan:


Susu Halib's mempunyai kandungan serat (kurma,kismis) yang tinggi dan mempunyai prebiotik semulajadi manna/gum arabic acacia. Unsur serat dan prebiotik ini membantu sistem usus/penghadaman bertindak dengan lebih baik, melawaskan dan dapat mengelakkan sembelit atau cirit-birit. Namun begitu kadar pengambilan perlulah mengikut panduan yang disarankan kerana pengambilan kalsium yg berlebihan juga boleh menyebabkan cirit-birit.


Soalan:

Saya ada terbaca berkenaan sunnah nabi susu tidak boleh dicampur atau diminum bersama buah-buahan. Bagaimana pula dgn susu Halib's yg diformulasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan seperti Halib's Frutti? Adakah ia akan membahayakan kesihatan kanak-kanak?

Jawapan:

Berkenaan artikel-artikel yang tersebar di internet yang mendakwa susu tidak boleh dicampur dengan buah adalah tidak mempunyai sumber kukuh dan berasas. Mengikut pendapat dari yang lebih alim/ustaz belum dijumpai lagi dalil-dalil atau hadith yang meriwayatkan berkenaan nabi tidak makan susu dicampur buah atau boleh menyebabkan mudharat darinya. Namun perlu melihat dari saintifiknya sama ada pengambilannya adakah memberi kebaikan atau mendatangkan mudharat. Keadaan ini boleh dirujuk pada pakar pemakanan atau doktor. Secara ilmiahnya susu sangat baik diambil bersama buah-buahan namun ada had dalam pengambilannya dan tidak boleh dicampur dgn buah-buahan yang mempunyai kadar keasidan yang tinggi, ini boleh membawa mudharat/cirit birit pada kanak-kanak. Begitu juga jika susu diambil dengan kadar berlebihan, kalsium/serat yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah cirit -birit pada kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu sukatan bancuhan susu yg sesuai untuk anak-anak masing-masing. Susu Halib's telah diproses dan diekstrak dgn sebaiknya mengikut sukatan yang sesuai utk bayi dan kanak-danak, ia juga telah terbukti memberi kesan yang baik kpd kesihatan. Namun pengambilannya perlulah mengikut kesesuaian pada anak-anak juga. 



 

Soalan:

Saya ada terbaca artikel mengenai LARANGAN MENCAMPURKAN KURMA DENGAN KISMIS iaitu anggur kering sebagaimana hadith Bukhari daripada Jabir r.a yang berkata:

Maksudnya : Nabi melarang campuran kismis dan buah tamar kering dan buah tamar muda dan buah tamar basah.

Dalam riwayat Abu Daud ada hadith yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Abu Qatadah r.a yang berkata:

Maksudnya : Nabi melarang campuran anggur kering yakni kismis dengan kurma.

Larangan campuran kismis dan kurma juga terdapat dalam hadith-hadith riwayat Imam Tarmizi dan juga Nasa'i.

Sepertimana susu Halib's semuanya mempunyai ekstrak campuran kurma dan kismis. Boleh jelaskan?


Jawapan:

Hadith-hadith tersebut digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengelirukan orang ramai bahawa Jus TOK GURU keluaran Saffron Integrated Marketing/produk Islam yang mengandungi campuran kurma dan kismis adalah haram sama sekali. Sedangkan kajian terperinci terhadap perbahasan ulama' dalam hal ini tidak dilihat dengan penuh cermat.

Imam An-Nawawi Rahimahullah melihat hadith tersebut dengan penuh cermat sebagai tokoh ilmuan Islam yang terkemuka, beliau telah menjelaskan kehendak hadith tersebut di dalam kitab Syarah Sahih Muslim (شرح صحيح مسلم) karangan beliau sendiri secara berhikmah.

Para ulama' menyatakan bahawa sebab timbulnya hadith larangan campuran ini ialah kerana orang Arab Jahiliyah menggunakan teknik campuran kurma dengan kismis bagi menghasilkan arak secara mudah dan murah di rumah-rumah mereka.

Para ulama' dengan penuh teliti menyatakan bahawa apabila di sahkan campuran jus tersebut tiada alkohol dan tidak memudaratkan maka ianya termasuk dalam hukum yang umum iaitu
الأصل في الأشياء الإباحة yang bermaksud Asal hukum sesuatu itu ialah harus.

Para ulama' dengan penuh bertanggungjawab menyatakan bahawa sebab larangan campuran kismis dengan kurma ialah apabila matlamatnya ialah untuk menghasilkan arak,jika niat untuk menghasilkan arak maka barulah ianya dilarang. Sedangkan penghasilan Jus TOK GURU tiada kaitan langsung dengan niat untuk menghasilkan arak.

Para ulama' dengan penuh hikmah menyatakan bahawa kalimah "Naha" yakni "Larang ataupun Tegah" yang digunakan dalam hadith tersebut tidak semestinya membawa hukum haram, ia boleh jadi membawa hukum larangan biasa sahaja. Kerana itulah ulama'-ulama' dalam Mazhab Syafie dan Jumhur Fuqaha' termasuk Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf berpendapat bahawa larangan tersebut tidaklah sampai kepada hukum haram, tidak juga sampai membawa kepada hukum makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram.

Ini kerana kata Imam An-Nawawi Rahimahullah bahawa i'llah(علة) ataupun faktor larangan campuran kismis dengan kurma lebih kepada jika ianya membawa kepada musykil iaitu memabukkan. Maka ulama' berpandangan bahawa minuman jus/air campuran kismis dan kurma itu tidak menjadi haram selagi mana ianya tidak memabukkan.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua individu agar lebih berhati-hati dalam menjelaskan sesuatu hadith ataupun sesuatu hukum daripada hadith kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai jika kefahaman terhadap maksud hadith itu tidak jelas.

Sebaiknya rujuklah terlebih dahulu kepada pihak yang berautoriti ataupun kitab-kitab muktabar ataupun pandangan para ulama' sebagai tindakan yang berhikmah dan lebih berhati-hati.

Wallahua'lam, wassalamua'laikum w.b.t.h

Oleh : Ustaz Mohd Fauzi Mustafa

Kesimpulannya Susu Halib's / sebarang produk lain dengan campuran kismis dengan kurma (bukan tujuan pembuatan arak/ tidak memabukkan) tidak haram dan selamat untuk digunakan.

Anda boleh juga rujuk hadith di link berikut:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=146:35-terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-minuman&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58



Soalan:


Di mana terletaknya kilang Susu Halib's?

Jawapan:


Alamat Operasi:

Sidratul Enterprise,
No 11,Jalan Industri 1,
Taman Perindustrian IKS Miel,
33010 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
No Tel:+60 5-773 1668
No hp: 0132353207 (Encik Nazirul)

Hours:
Monday 8:00 am – 6:00 pm
Tuesday 8:00 am – 6:00 pm
Wednesday 8:00 am – 6:00 pm
Thursday 8:00 am – 6:00 pm
Friday 8:00 am – 6:00 pm
Saturday 8:00 am – 6:00 pm
Sunday    Closed


Disediakan oleh: Susu Halib's Istimewa
Sebarang persoalan boleh komen di bawah atau ajukan pada kami di : http://www.facebook.com/messages/susuhalibs.istimewa

Blog : http://susuhalibsistimewa.blogspot.com/
Facebook I: Susu Halib's Istimewa
Facebook II : Produk IMP Istimewa

 

IMP

7:00 AM | 0 Comments


Islamic Manufacturing Practice (IMP) 
Amalan Pengilangan Islam



Satu rakaman mengenai perlaksanaan IMP di Kilang Sidratul Enterprise telah ditayangkan dalam slot Majalah Islam di TV Al-Hijrah pada 9 November 2012 (24 Zulhijjah 1433 H) pada pukul 8.30 malam. Bagi anda yang belum menonton tayangan ini, sila tonton video di bawah untuk kenal dgn lebih mendalam. 
Selamat menonton




Iklan Rangkaian Susu Penuh Krim Halib's di Tv Al-Hijrah yang telah ditayangkan sepanjang bulan Mac 2013 yang lalu. Susu Penuh Krim Halib's adalah salah satu produk yang telah dikilangkan di bawah Sidratul Enterprise dgn Amalan Pengilangan Islam (IMP).
Selamat menonton



Rancangan Ejen Halal IMP vs GMP telah ditayangkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Saksikan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang IMP




Pautan lain : http://www.youtube.com/watch?v=4vo1MKzGsms
Pautan lain : http://www.youtube.com/watch?v=KtHVYjmGClY


Siapa yang masih ragu-ragu tentang produk IMP, ragu-ragu dgn status IMP, anda sangat-sangat dialu-alukan untuk datang dan lihat sendiri kilang, cara pengilangan produk, keadaan dan aktiviti-aktiviti staf, anda juga boleh berjumpa dan berbual terus dengan tuan guru Haji Ahmad Tajuddin, pengasas Sidratul dan IMP jika terdapat sebarang kemusykilan, pasti anda akan teruja !
 
Alamat Operasi:

Address: No 11,Jalan Industri 1, Taman Perindustrian IKS Miel, 33010 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

Phone:+60 5-773 1668
 

Hours:
Monday8:00 am – 6:00 pm
Tuesday8:00 am – 6:00 pm
Wednesday8:00 am – 6:00 pm
Thursday8:00 am – 6:00 pm
Friday8:00 am – 6:00 pm
Saturday8:00 am – 1:00 pm
SundayClosed


Kordial Rumpai Laut
 Harga: RM17.00 
 Kandungan : 650ml
 Kos penghantaran : RM10 (Semenanjung)

p/s: Untuk penjimatan pada kos penghantaran sila buat tempahan lebih dari satu produk kerana berat sebotol kordial rumpai laut menghampiri 1 kg.





Bahan-bahan :  Air R.O., Ekstrak Rumpai laut, Ekstrak Alfalfa Klorofil, Sukrosa, Garam Bukit dan Perisa Buah-buahan

Cara penyediaan: Campurkan 1 bahagian Kordial dengan 4 bahagian Air


Maklumat Permakanan - Nutrition Facts




Diperkaya dengan khasiat dan kebaikan Rumpai Laut.Rumpai laut mengandungi alga, magnesium, vitamin A,C dan E, kalsium yang berfungsi melembutkan kulit, menguatkan jaringan sel kulit, membaiki serta menambahkan produksi kolagen dan elastik kulit.

Rumpai laut merupakan bahan yang sesuai dan dapat diterima oleh badan dengan mudah kerana badan manusia sendiri terdiri daripada 50% air. Bahan rawatan yang berasaskan tumbuhan laut tidak menimbulkan kesan sampingan bagi mereka yang memiliki kulit sensitif.

Ekstraknya mengandungi enzim dan antioksidan yang merupakan imunisasi dalam mengatasi pencemaran, sinar matahari dan melambatkan proses penuaan kulit.

Terdapat banyak manfaat Himalaya garam batu kristal di dalam kordial ini juga. Ini termasuk:

- 84 mineral dan unsur surih yang penting untuk kesihatan
- Membantu penyerapan mineral sel
- Mengisi semula zat elektrolit badan dan menyeimbangkan pH badan
- Peningkatan yang ketara dalam pernafasan, peredaran darah, dan sistem saraf
- Memperbaiki tisu penghubung dalam organ-organ



Kordial Ros Buah Pala
 Harga: RM10.00 
 Kandungan : 650ml
 Kos penghantaran : RM10 (Semenanjung)




Bahan-bahan :  Air R.O., Air Mawar, Cengkeh, Garam Bukit, Buah Pala


Buah Pala mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan anda:

1. Tonik otak
2. Melegakan kesakitan
3. Bantuan senak
4. Rawatan pernafasan berbau
5. Mencuci Hati & Buah Pinggang
6. Penjagaan Kulit
7. Membantu tidur
8. Meredakan sakit perut
9. Masalah jerawat
Khasiat Cengkeh:

Khasiat cengkeh adalah mengatasi sakit gigi, sinusitis, mual dan muntah, kembung, masuk angin, sakit kepala, radang lambung, batuk, terlambat haid, rematik, campak, dan lain-lain.


Terdapat banyak manfaat Himalaya garam batu kristal. Ini termasuk:

- Semula mineralising badan dengan 84 mineral dan unsur
surih yang penting untuk kesihatan yang baik
- Ia membantu penyerapan mineral sel
- Mengisi semula zat elektrolit badan dan menyeimbangkan pH
badan
- Ia membawa tentang peningkatan yang ketara dalam
pernafasan, peredaran darah, dan sistem saraf
- Ia memperbaiki tisu penghubung dalam organ-organ
- See more at: http://imphalalshop.com/?p=kordial_ros_buah_pala#sthash.F8FeLAWw.dpuf
Buah Pala mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan anda:

1. Tonik otak
2. Melegakan kesakitan
3. Bantuan senak
4. Rawatan pernafasan berbau
5. Mencuci Hati & Buah Pinggang
6. Penjagaan Kulit
7. Membantu tidur
8. Meredakan sakit perut
9. Masalah jerawat


Khasiat Cengkeh di dalam kordial ros pala:

Mengatasi sakit gigi, sinusitis, mual dan muntah, kembung, masuk angin, sakit kepala, radang lambung, batuk, terlambat haid, rematik, campak, dan lain-lain.



Klik gambar untuk imej besar


Sesuai dijadikan minuman harian yang menyihatkan tubuh badan. Tambahkan dengan air batu untuk sensasi hebat! Rasanya yang sedap dan menyegarkan pasti menghilangkan dahaga di waktu panas dan kelegaan selepas penat bekerja. Juga sangat sesuai utk dihidangkan kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Pasti memikat hati! Cubalah mulai hari ini :)

Cocoa Gold

12:00 PM | 0 Comments


Cocoa Gold
 Minuman koko bersama Mahkota Dewa
Berkhasiat melancarkan perjalanan darah
dan sebagai antioksidan yang tinggi 
Harga : RM22
Berat : 950GM
Kos penghantaran: RM10 (Semenanjung)
 
RM15 (Sabah & Sarawak)
 

 
Khasiat Mahkota dewa:

~Merawat psoriasis dan jerawat.
~Merawat penyakit kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.
~Mengandungi zat antihistamin yang merupakan penyembuh alahan. 
~Menghilangkan gatal dan anti kanser.

Antara zat aktif dalam Mahkota dewa :
~Alkaloid, bersifat detoksifikasi yg dapat meneutralise racun dalam tubuh
~Saponin sbg antibakteria dan antivirus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitaliti, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan darah.
~Flavanoid melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol dan penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangkan risiko penyakit jantung
~Antiinflamasi
~Antioksidan membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
~Polifenol berfungsi sebagai antihistamin (antialergi)

Cocoa Gold boleh dijadikan minuman harian yang lebih berkhasiat kerana dapat melancarkan perjalanan darah dan sebagai antioksidan yang tinggi. Rasanya juga setanding dengan minuman malt lain yang terkenal di pasaran. Lebih enak lagi dibancuh bersama susu. Sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah mulai hari ini!

Hawa Plus

8:00 AM | 0 Comments


Hawa Plus dengan Prebiotik
Harga: RM27
Kos Penghantaran: RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah & Sarawak)

Kandungan: 12 sachet x 20gm

Bahan-bahan: Lobata, Kolagen, Manjakani, Kacip Fatimah, Sireh, Passiflora, Serapat, Kulit Kayu manis, Madu dan Roselle



Khasiat:
  • Skin firming
  • Maerapatkan vagina
  • Mengecutkan rahim
  • Mencantikkan kulit
  • Dapat mengecutkan semula rahim serta memperbaiki bahagian dalaman sama ada luka akibat melahirkan anak bagi ibu selepas bersalin
  • Menambah tenaga serta melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh
  • Payudara semakin sihat dan tegang

Kesan Prebiotik
1. Manfaat untuk flora usus

2. Meningkatkan pencernaan
3. Menghalang gejala usus (perut kembung, kembung, kejang perut, cirit birit.
4. Meningkatkan tekstur
5. Meningkatkan jangka hayat
6. Gentian pertahanan
7. Tidak berbau dan tiada rasa
9. Daripada penapaian gum acacia, meningkatkan lagi pertumbuhan jisim bakteria dalam usus, termasuk pengkayaan dalam bifidobacterium.
10. Bakteria ini seolah-olah memainkan peranan dalam pencegahan kanser usus dengan meneutralkan beberapa enzim dan mengubah metabolisme biliary.

*Prebiotik adalah bahan-bahan makanan tidak hadam yang meransang pertumbuhan dan aktiviti bakteria baik di dalam flora usus dan mengekalkan sistem imun pada tahap yang sihat.

Blog : http://susuhalibsistimewa.blogspot.com/
Facebook I: Susu Halib's Istimewa
Facebook II : Produk IMP Istimewa

Adam Plus

7:30 AM | 0 Comments

Adam Plus dengan Prebiotik

Harga: RM27
Kos Penghantaran: RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah & Sarawak)
Kandungan: 12 sachet x 20gm


Bahan-bahan: Madu, Saffron, Manna, Bijan, Biji Sawi, Remunggai, Tongkat Ali, Tunjuk Langit, Mas Cotek, Tribulus, Ashwaganda dan Mahkota Dewa



Khas untuk lelaki
Khasiat: 
  • Melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan  
  • Memperbaiki usus dan sistem usus serta menambahbaik organ-organ di dalam badan  
  • Memaksimakan kesihatan tubuh badan serta menyumbang kepada keadaan sentiasa bertenaga 
  • Awet muda 
  • Bahan-bahan di dalam ADAM PLUS ini mempunyai khasiat yang tinggi dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh badan

Kesan Prebiotik
1. Manfaat untuk flora usus

2. Meningkatkan pencernaan
3. Menghalang gejala usus (perut kembung, kembung, kejang perut, cirit birit.
4. Meningkatkan tekstur
5. Meningkatkan jangka hayat
6. Gentian pertahanan
7. Tidak berbau dan tiada rasa
9. Daripada penapaian gum acacia, meningkatkan lagi pertumbuhan jisim bakteria dalam usus, termasuk pengkayaan dalam bifidobacterium.
10. Bakteria ini seolah-olah memainkan peranan dalam pencegahan kanser usus dengan meneutralkan beberapa enzim dan mengubah metabolisme biliary.


Blog : http://susuhalibsistimewa.blogspot.com/
Facebook I: Susu Halib's Istimewa
Facebook II : Produk IMP Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Kami menjual produk-produk makanan, minuman & kosmetik yang diadun bersama Amalan Pengilangan Islam (Islamic Manufacturing Practice IMP) dan dikilangkan di Sidratul Enterprise, Kuala Kangsar Perak. Hubungi/Whatsapp 018.9557.867